Khamis, 31 Mei 2012

Champions League 2011/2012 : Bayern Kalah Lagi... Huhuhuhuhu...


Huhuhuhuhu... bayern kalah lagi di final Champions League... Aduhai... Lagi teruk rasa kekalahan ni berbanding '99... kedua-duanya sama je ciri... Game Bayern pegang, memang MU/Chelsea hanya pasukan kerdil jika diambilkira hanya pada game final (walhal, MU/ Chelsea semua nama-nama besar)... Game tu sepatutnya Bayern yang jadi underdog... Kalau tanya fan-fan BPL, confirm semua tak tau sape player-player Bayern malam tu... maklumla takde star... Tapi main mengalahkan star... (hehehehe, ayat geram)...

Bayern (BM) bermula baik dari awal game... Create chances... Tapi macam sebelum-sebelum ni dalam liga Bundes, kalau dari awal BM tak score dengan berpuluh-puluh peluang, memang akan ada sesuatu yang buruk akan berlaku dalam game tu... Time tak menjadi, depan gol, dengan gol terlopong pun, player-player attacking BM tak dapat score... Tapi time menjadi, sampai 7-8 bijik bagi, contoh macam lawan FC Basel hari tu... So kesimpulannya, dalam game final ni, kena mood tak menjadi depan gol... Dengan gomeznya, dengan muellernya, dengan ribery/robben, semua tendang ke laut walaupun pada hari biasa, memang akan gol...



 

Minit 70 game ni, aku dah tak sedap hati... masa tu masih lagi 0-0... Aku dah rasa memang aku akan kecewa malam ni... Tapi Mueller score awal minit 80... Sepatutnya, dah dalam tangan... Sama macam '99... Chelse tak boleh buat apa-apa... Corner pun 1 pun takde... Tetiba, minit 88, dapat corner... Then gol... Fuhhhhhhh...

Masa tambahan, pun sama, deretan peluang... penalti pun dapat gak!!!! robben, tak gol... emmmmm... Memang ditakdirkan tak menang BM malam tu di Stadium sendiri, Fußball Arena München... Last sekali, penentuan penalti... BM tak pernah kalah penalti... Semua orang (yang minat bola) tau German paling handal penalti... Dalam World Cup ke, Euro ke CL ke.. Tetapi, terjadi jugak hal diluar dugaan... BM kalah jugak penalti...

Tak tahu bila plak pasni boleh masuk final lagi... Tapi apepun, respect pada BM... Gunakan lebih separuh daripada player buatan sendiri... 2 3 orang anak buah Lim Teong Kim (bekas player Kedah/ orang malaysia yang jadi coach bawah 19 BM)... bangga la jugak... Still boleh buat Chelsea macam pasukan kampung... macam Chelsea takde player star...


Statistik/Perjalanan game :

Bayern Munich vs Chelsea 1-0 ( Thomas Muller goal vs Chelsea 83′)
Bayern Munich vs Chelsea 1-1 ( Didier Drogba goal vs Bayern Munich 89′)
Bayern Munich vs Chelsea 1-1 ( Robben pen missed 96′)
Bayern vs Chelsea 3-4 penalties

Bayern Chelsea 1-0- Lahm scores
Bayern Chelsea 1-0- Mata misses
Bayern Chelsea 2-0- Gomez scores
Bayern Chelsea 2-1 David Luiz scores
Bayern Chelsea 3-1- Manuel Neuer scores
Bayern Chelsea 3-2- Lampard scores
Bayern Chelsea 3-2- Olic misses
Bayern Chelsea 3-3- Cole scores
Bayern Chelsea 3-3- Schweinsteiger misses
Bayern Chelsea 3-4- Drogba scores

Bayern Munich vs Chelsea 2012 attendance:- 66,000 ( Referee- Proenca)

Bayern Munchen starting lineup vs Chelsea Champions League 2012:- Neuer, Lahm, Boateng, Tymoschuk, Contento, Schweinsteiger, Kroos, Robben, Mueller, Ribery, Gomez.

Chelsea starting lineup vs Bayern Munich Champions League 2012:- Cech, Bosingwa, Luiz, Cahill, Cole, Kalou, Mikel, Lampard, Bertrand, Mata, Drogba.


Sumber gambar & Data : www.soccerblog.com, www.soccerlens.com, www.youtube.com

Beira-Mar : Tahniah Nazmi...


Nazmi Faiz, wonderkid Malaysia yang baru.. Dah pun sign kontrak dengan Beira-Mar, antara kelab tersohor Portugal... Tahniah Nazmi... Dengar cite, gaji RM300,000.00... Dengar cite lagi, ramai plak peminat-peminat yang kondem dia, tak bagus mana la, SPM takde tapi gaji lebih dari orang degree la dan macam-macam lagi yang timbul...

Emmmm... Aku  rasa, alasan yang keluar tu sebab perasaan jeles pada kita semua ni wujud... pada dia... Lebih-lebih lagi, kita lagi baik dari dia, ada SPM, ada Diploma, ada Degree, tapi gaji ciput sangat berbanding dia... Apepun, kena la terima, untung nasib tu berbeza setiap orang... Jangan dibutakan perasaan hasad tu sampai tak nampak kebaikan...


Bagi aku, benda ni baik untuk bolasepak Malaysia... Dia dapat 300k sebulan tu, lantak lah... Aku nak jeles pun, dah terlambat, dulu orang ajak main bola, aku nak pegi dating la, nak baca buku la sbb nak masuk U la, nak pegi tengok konsert la, nak pegi shopping la... padan muka aku, komitmen takde... Kekekekekeke...


Cuma harap Nazmi jangan terbuai dengan populariti dia... baru-baru ini masa kelayakan olimpik, dengar cite dah masuk majalah Mangga dah pun, pastu dengan posing wajib majalah MAngga, dalam kolam renang... Huhuhuhuhuh, pastu prestasi dia plak, kebetulan jatuh time tu... Emmmmmmmmmmmmmmm... harap tak terjadi lagi...


Sumber Gambar : http://www.nazmifaiz.com

Jumaat, 25 Mei 2012

All Time Fav Film : Dog Day Afternoon...




Dog Day Afternoon... Lakonan Al Pacino & cazale... Cerita simple pasal rompakan bank (cite benar) yang tak menjadi tetapi jadi meletup dek kerana salah faham polis, cite media dan lain-lain...

Rompakan kecil-kecilan oleh orang biasa yang nakkan duit... Kadang-kadang diselitkan dengan unsur kelakar... Tapi pengakhiran yang tak sangka & geram...

Rompakan ni dirancang Al-Pacino, tapi dek kerana salah faham orang bak yang jadi tawanan, polis dan lain-lain, Cazale plak yang dianggap ketua rompakan yang nampak sadis... Walhal, Cazale seorang yang betul-betul lurus bendul dan tak ada unsur-unsur kepimpinan macam Al-Pacino... Kira secara automatiknya, Cazale ni jadi main target... 

Walaupun simple, tapi kisah rompakan ini jadi famous disebabkan small time thieve macam 2 orang watak utama ni yang terdesak dapatkan duit... Hanya untuk alasan yang mungkin pada sesetengah orang, bodoh... Hehehehe... Tapi tu la realiti kehidupan... Masing-masing ada alasan, dan alasan itu tak perlu kuat pada pandangan mata orang lain (sebab orang lain tidak akan faham, tau mengata aje)... Banyak kes seperti ni berlaku kat mana-mana, terutamanya zaman sekarang, curi susu untuk bagi anak, curi baju kerana tak mampu nak bagi pada anak, dan macam-macam lagi lah... 

Cite ni berakhir di airport ketika 2 orang perompak ni nak tunggu masuk kapalterbang, Cazale ditembak dalam usaha polis untuk lepaskan tebusan... Al pacino terus menyerah diri...

Simple, tapi bermakna... Cite ni keluar pada akhir 70an... Sape-sape ada masa, leh la download kat mana-mana, enjoy!!!!



Info I :  Kisah Dog Day Afternoon (nak tengok pic real perompak, leh la tgok)
Info I : Cazale adalah Fredo (abang kepada Mike), Pacino sebagai Mike dalam Godfather I & II...

Selasa, 1 Mei 2012

The Way Back :



Aku dah 4 5 kali tengok cite arahan Peter Weir (kalau xingat, dia ni pengarah Master & Commander @ Fearless) nih... Tak boring-boring macam jugak cite peberet lain macam The Godfather, Shawshank Redemption dan lain-lain (walaupun filem ni kira baru lagi dalam 2 3 tahun ni)... Sekali lagi, cerita epic perang... Tapi jalan cite lebih straight forward, just cerita pasal 7 banduan cuba lari dari penjara perang di tengah Siberia (bawah kekuasan USSR a.k.a Komunis a.k.a Stalin)...

Cuma kelainan filem ni, menunjukkan kesungguhan makhluk bergelar manusia mencapai sesuatu @ pemusatan keinginan tu boleh melangsungkan survival seseorang... THe Way Back ni berdasarkan cerita betul dari banduan yang lari dari Siberia-Tasik Baikal-Monggolia-China-Tibet-Himalaya-India... 4000 KM perjalanan...

Pelakon dia Ed Harris, Storgess & Collin Farrell... Hebat-hebat... Permulaan cerita macamana wife kepada hero cite ni, Janusz terpaksa mengaku huby dia spy di Poland... So kena angkaut ke kem perang di Siberia... Stay 20 tahun... Tapi dari awal memang niat dia nak lari...

THen, berkenalan dengan tawanan Amerika Mr. Smith (Ed Harris), Valka (pembunuh upahan, penjenayah), bekas paderi & kazik, pelukis dan pelawak... Semua ada kisah masing-masing yang tersembunyi...

Hari pertama lari, dalam ribut salji... Kazik, kawan kepada paderi tu mati kesejukan sebab sesat masa kumpul kayu api + buta malam akibat gas beracun dalam perang...  So tinggal 6 orang...

Dalam usaha mencari tasik Baikal (untuk panduan ke arah Selatan mereka), diorang terkandas lama sebab sesat... Janusz lah tukang arah, tau pasal cuaca, arah dan lain-lain pasal tanah...

Kalau ikut dari awal, memang watak Janusz memang berpegang kepada impiannya, untuk berjumpa isteri dia tak kisah macamana cara pun... Keinginan dia menyebabkan tawanan lain mengikut rentak dia... Sentiasa bersemangat walaupun tanpa makan minum...

Dorang ni terpaksa berebut bangkai dengan serigala untuk makan daging... Macam-macam dilalui sampai lah terjumpa tasik Baikal... Otw ke Selatan, ada sorang minah Poland yang nak ikut & lari daripada Stalin... So, jadi 7 orang...

Mr Smith mula-mula tak setuju, tapi lastly, kedatangan perempuan bernama Irene ni, menghidupkan group ni, masa ni la semua baru tau cerita pasal masing-masing...

Jalan cerita dia memang menarik hati... Dapat rasa kegembiraan dorang bila jumpa air ke makanan ke... Bila sampai ke sempadan USSR, Valka decide tak nak keluar dari negara kelahiran dia, so terpaksa berpisah dengan group tu...

Bila sampai ke Monggolia, rupa-rupanya dah jadi Komunis jugak, terpaksa dorang teruskan perjalanan melalui gurun Gobi, kat sini lah Irene & pelukis tu mati kerana Strok matahari... Tinggal 4...

Then melaui Tibet, pergunungan Himalaya sampai lah India... Kira penamat cerita perjalanan dorang... Tapi perjalanan Janusz balik kepada pangkuan Isteri dia, tak berlaku terus kerana blok Komunis hanya jatuh pada 1980an... Akhir cerita, wife Janusz yang duduk kesorangan dalam rumah, terpaku tengok Janusz yang dah pun berusia balik ke rumah... 1940an-1980an... Huh...

Bagi aku, filem ni memang membuatkan kita berpikir, kita akan sentiasa hidup untuk mencapai / mendekati orang yang kita sayangi... Keinginan untuk hidup bergantung kuat kepada kekuatan manusia menyimpan angan-angan walaupun dalam keadaan paling teruk sekalipun... Apepun, doa kepada Maha Pencipta yang paling penting... Keinginan tu dah kira usaha kita...

All time list la filem ni... Thumbs Up!!!

Isnin, 30 April 2012

My Way : Arghhh, tak pergi tengok lagi...


Poster My Way

Tinggalkan sejenak Bersih yang tak berapa bersih samada dari pihak sinin dan jugak sinun... Kita cite pasal cite 'yang pada aku', sambungan kepada Tae Guk Gi (walaupun takde kaitan pun cite, tapi pengarah, pelakon utamanya yang sama & guna suasana perang)...

Won Bin tuuu... Sebagai adik kepad Hero... 5 Star!!!

Tae Guk Gi memang antara yang terbaik dalam filem-drama perang yang aku penah tengok... Dengar cite My Way lebih hebat lagi... 

Tae Guk Gi cerita antara Abang-Adik, My Way, musuh dari 2 negara berlainan, yang bermula dari sukan... Heroin Tae Guk Gi comel, tapi dah mati bunuh diri tak lama lepas filem ni meletup... Heroin My Way plak, Bingbing... Comel jugak, kekekekeke...



My Way ni, nak komen banyak pun tak tengok lagi... Hehehehe, banyak cite  Tae Guk Gi plak dah... So harap dapat tengok secepat yang mungkin... 



Sinopsis :

Sebuah filem berdasarkan kisah benar peristiwa perang dunia kedua ini bermula dengan pertemuan dua pemuda dari dua Negara. Jun-Shik (Jang Dong-Gun), pemuda Korea yang bercita-cita ingin menjadi seorang jaguh marathon seperti idolanya dan Hasegawa Tatsuo (Joe Odagiri), pemuda Jepun yang mempunyai kehebatan larian seperti Jun-Shik. Mereka bertemu sebagai musuh pada zaman kanak-kanak lagi apabila masing-masing mahu menunjukkan kehebatan larian mereka. 


Namun segalanya berubah apabila Jun-Shik dan rakan baiknya Kim In-Kwon (Lee Jong-Dae) dikerah menjadi tentera Jepun akibat rusuhan yang mereka lakukan ketika kemenangan yang sepatutnya milik Jun-Shik, diberikan kepada Tatsuo dalam pemilihan marathon Olimpik Tokyo. Lebih menyakitkan apabila Tatsuo pula mengetuai tentera Jepun sebagai Kolonel.

Penglibatan mereka berdua dalam peperangan dunia kedua telah merapatkan jurang permusuhan, lebih-lebih lagi apabila tentera Jepun kalah kepada tentera Soviet dan memaksa Tatsuo melucutkan jawatannya dan menjadi tawanan perang tentera soviet bersama Jun-Shik. Mereka dikerah bersama tawanan perang yang lain untuk berperang dengan tentera Jerman sehingga menyebabkan perpisahan terjadi antara keduanya dalam peperangan paling teruk dalam era perang dunia kedua.

Tatsuo yang mula menyedari sikapnya yang mementingkan diri akhirnya berjaya bertemu kembali dengan Jun-Shik apabila mereka sama-sama berada di kem tentera Jerman di Normandy, Perancis. Kali ini mereka sepakat untuk melarikan diri dari kem tentera tersebut dan kembali ke Korea untuk meneruskan cita-cita mereka menjadi jaguh marathon. Berjayakah misi mereka? Saksikan perjalanan perit yang diharungi oleh dua pemuda ini yang dahulunya musuh kini bergantung harapan sesama sendiri demi mencapai impian mereka yang satu.

Selasa, 13 Mac 2012

Bunohan : akhirnya ada jugak cite Melayu best!!!


Bunohan... Dengar nama filem pun dah gerun... Dah boleh melekat awal-awal dalam kepala... Aku tak tengok lagi preview dia dulu, baru je dengar nama filem dengan gambar publisiti salah sorang pelakonnyer, Faizal Hussein, terus aku dapat agak, cite Melayu gini la yang aku maksudkan untuk layak ditonton dipawagam (oleh aku, orang lain lantak la nak tengok rempit maksima ke antu terkesima ke ape ke)...

macam jogho... Aura dia memang terasa... baru la terasa nak gatal tangan beli DVD ori... dijamin berbaloi... selalu tengok cite orang putih, cite pasal individu-individu watak dalam filem yang saling berkaitan, macam 21 grams dan lain-lain... ni dah sampai masa plak, cite Melayu... yang uniknya, filem ni ada sorang jer pelakon perempuan, tu pun kira tambahan jer... Pelakon lelaki lain, power-power jugak, Faizal, Zahiril, Pekin, Sofi Jikan, wan hanafi Su dan bront (2 pelakon yang aku minat giler sekarang, wataknyer la, bukan aktiviti luaran kekekeke)...

Harapan aku, supaya banyak lagi filem-filem bermutu macam ni dihasilkan... Dibawak keluar... Ini tak, asyik nak box-office jer, tapi keluar panggung, rasa kosong, tak terkesan lalu... Cite bukan main letup sana, letup sini, jiwang karang, jiwang hatiku dan hatimu, tapi emmmmmm rasa macam diperbodohkan jer...

JOM!!! Jom tengok cite terbaik selepas Jogho nih...


** Poster dari blog Zahiril Adzim

Afee + Akak Mia... 2012...

 Tido bersama kakak...

 Kakak tak malu...

Afee berat, kakak kata...

 sibuk kakak nak pakaikan seluar...

 Pagi hari pertama kakak nak pergi Taska...

 Baby Afee...

 Kakak isap botol, makin kerap...

 Baby Afee terseksa...

 Pas mandi petang...

 Baru-baru ni... Lepak...

Nak dukung sangat, pastu cara ke kuku dia...